Sunday, July 26, 2009

Entry Cari Pasal. Haha.

Hai kawan kawan.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini yang pasal nak tunjuk gambar Cace teruja dengan baby baru tu kan. So, tengoklah gambar gambar kat bawah ne. Itulah dia baby baru Cace. Pasti lepas ne kene marah atau silap silap kene luku kepala ataupun terus mendapat tendangan kasih sayang daripada Cace bila dia dapat tahu pasal gambar gambar ne.


Muka bapak gila punya teruja, tak sabar nak bukak. Kata Cace dalam hati; "Gile ahh. Deck baru siot! Tak tahan wehh. Kene bukak sekarang jugak. Orang lain semua jangan usik! Biar aku yang bukak sorang. Korang semua duduk diam-diam, tengok je aku bukak."



Kata Cace; "Yeay, dah berjaya bukak dah. Bapak ah. Macam tak percaya je ne. Almost beb! Gile ah. Gambar ape ne? Sure sure lepas ne WAJIB tampal dalam bilik!"
Nota kepada housemate Cace: Baik korang jangan tengok gambar tu. Tak baik ouhh.



Kata Cace lagi; "Wallaweyy. Tak percaya doe. Fuhh. Happy gila ouh. Macam dah nak speechless dah ne tapi tak ter'speechless' laa. Eh chop, apsal aku nampak macam budak bajet 'inesen' yang baru balik sekolah? Baju aku, Seluar aku? Wahh, awet muda kot aku ne."



Cace berkata dengan bangganya, "Weh korang, ambikkan skru driver, bolt, nat. Cepatt! Tu kat sana tu. Haih, aku excited gila ne. Janganla lambat lambat. Tangan aku dahlah nampak macam orang tua, 'Atuk-atuk' dalam gambar ne. konon bajet letih berkerja. Baju tu nak cakap thanks dekat Anis sebab baik belikan." Hahaha :D




Cace kata; "Fulamakk. Best gila ada deck dengan truck baru. Malam malam aku lepas ne ade partner tidur baru. Tido peluk tanak lepas dah. Peta pun tak payah risau. Boleh lap balik lepas tu. Confirm! korang semua, jangan jeles je. Barang baru beb! Muka bunga bunga je lepas ne."


Hahaha. Memang saja cari pasal. Tamau marah marah eh b. Nanti bukan setakat tangan je tua. Semua tua karang. No good! ;p

Hearts&Loves;
Anis <333

Friday, July 24, 2009

Hey heyy.

Hello semua! :)

Hi.

Lama gila ouhh tak update disebabkan terlalu busy di Penang. Biasalah kan. Class lah apelah. *alasan. padahal class byk je yang cancel. memang saja malas update lepas tu kata busy* Hihi. Baru sampai rumah semalam. Kampus tutup. H1N1 merebak rebak. So, baru dapat tau tadi cuti terus sampai 2hb Ogos, sambung cuti mid sem terus. Dah lah tinggal rumah keadaan kelam kabut. Macam tongkang pecah pun ada.

Semalam sampai terus singgah Times Square. Cace dah dapat baby baru yang dia sayang sangat sangat. Nanti gambar kebahagiaan Cace bersama baby baru dia akan diuploadkan kemudian ye kawan kawan. Laptop rosak. Maaf. Sampai rumah dalam pukul 3 terus ambil Hani. Sian Cace penat. Lepas tu pegi pasar malam sama sama dengan Aina sekali. Cace macam rupa agak jakun ah. Macam jakun tak pernah pegi Genting. HAHA. Lepas hantar Cace dekat Hentian Putra, balik rumah terus tidur. Penat gila ouhh. gaya macam bawak kereta padahal dalam kereta dah siap bantai tidur tu. Gedik gila. Bajet penat je lebih. Hahaha.

Sekarang Cace pun dah selamat sampai rumah. Semua dah selamat. Jumpa lagi nanti. Nak tengok tv ne. Lama gila dah tak tengok tv.

Byebye.

Hearts&Loves;
Anis <333


Thursday, July 02, 2009

Byebyee.

Hello semua.

Masih sibuk mengemas barang barang untuk bawak balik Penang. Penat ouhhh. Rehat kejap. Semua orang dah tidur. Mama, Ayah, Hani sedap tidur kat bilik depan. Ijat terbongkang kat bilik tengah. Tem baru nak nyenyak. Cace dah lena lamaa dah kat depan tuu. Sian dia. Penat sangat tuu. So, okaylaa. Nak sambung mengemas. Banyak lagi tak terkemas.

Byebyeee. Jumpa kat Penang nanti eh (:

Dari Penang sampailah ke Kucing.

Haih.

Malas betullah. Nak kena balik Penang dah. Malas gila nak kemas barang semua. Ayah, Mama dah start bising bising dah suruh kemas barang. Paling banyak kali dorang sebut, "Minimumkan yr things eh along". Alah, bukan banyak sangat pun barang tp kene minimumkan jugak. Serious malas ouh. Beg dari bawak balik tu pun tak punggah. Haha. Buruk gila perangai. Alah, barang yang sama jugak nak bawak kan. Nasib baik still dapat kolej. At least jimat jugakla Rm 150 dari kena bayar sewa rumah, api air lagii. Kawan kawan yang NR tuu, rajin rajin la masak eh. Nanti tolong bawak bekal breakfast untuk aku setiap hari ;p

Lagi satu. Ni nak bagitau nee. Esok nak jumpe Cace. Yuhuuu! Haha. Seronok beb! Melonjak lonjak doe aku. Tak sabarr! Cepatlah esok. Cepatlaaaa. Hihi. Biarlah mengada pun. Tapi memang betul tak sabar wehh. Packing barang malas, jumpa Cace excited pulak heh.


Tambahan:

Kitten yang kitorang selamatkan tu dah selamat pulang ke Rahmatullah. Sedih ouhh. Dua dua. 'No Eye' dengan 'Cik Tam'. Kesian dorang. Terjatuh dalam longkang. Imagine, dia duduk dekat bawah lubang air dapur keluar tuu. Siannye la kan. Air dapur tu mesti dah macam air terjun untuk dorang. Lepas tu, dah la duduk dekat air terjun, hujan pulak 1 malam. Sedih gila kan? Dua dua orphanage ne kena tinggal dengan mama dorang. Mama tak guna. Kucing pun pandai pilih anak, buang buang anak sekarang. Tak berperikebinatangan langsung. Boleh pulak mama dia duduk mengebat dekat rumah sebelah padahal anak dia tengah dok berbunyi bunyi? Teruk betul mak dia.

Mula mula jagakan 'No Eye'. Bagi susu semua. Malamnya letak balik dekat belakang. Esok tengok dah keras. Mak aihhh. Sedih ouhh. Tgk 'No Eye' dah tak gerak, terus sepak sepak kotak tu dengan harapan dia gerak. Tapi tak gerak jugak. Nasib 'Cik Tam' gerak. Yelah, kotak kena sepak kuat sepenuh perasaan ouhh. Lepas tu teruslah angkut 'Cik Tam' masuk rumah. Sempat la jaga 'Cik Tam' 2 malam. Semalam baru beli semua botol susu, susu kitten, pasir. Tapi umur tak panjang nak buat macam mana kan.

Semalam dia baik sangat. Tidur elok, tak merengek. Dahla mata pun tak bukak lagi, jalan pun terketar ketar. Tak reti jalan lagi. Masukkan dia dalam cage, selimut elok elok. Cage tu pun cage Ome (hamster paling gedik dalam dunia yang makin lama makin gemuk dan kegedikkan makin menjadi jadi) sebenarnya. Pagi tadi Tem (adik Anis) tengok dia gerak lagi. Baring tapi ekor gerak gerak. Dalam pukul 10 macam tu, tak gerak dah. Tapi still dalam position sama. Hentak hentak cage tak bangun jugak. Haih. Sedihh. Tengah hari tu, Tem pun kebumikan dia dekat tempat tanam bunga depan rumah. Tepi tong sampah. Dah tempat tu je yang ada tanah. Nak buat macam mana. Dah selamat pun 'Cik Tam'. Takpee 'Cik Tam' dengan 'No Eye'. Kitorang tetap sayang korang dua dua.


Hearts&Loves;
Anis <33